KUIH DAN MANISAN TRADISIONAL BAGI KAUM MELAYU,CINA,INDIA,IBAN



PENGENALAN
Penduduk melayu,cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di malaysia adalah kaum melayu,cina, dan india. Negeri sabah dan sarawak juga mempinyai pelbagai kumpulan etnik peribumi,masing masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.

Setiap kaum mempunyai makanan tradisonal sendiri seperti kuih ataupun manisan. Saya sekumpulan ingin memperkenalkan beberapa jenis kuih dan manisan bagi setiap kaum sepert cina,melayu.india dan iban.









KUIH DAN MANISAN TRADISIONAL BAGI KAUM INDIA

MURUKKU

Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai/Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran. Alat cara menekan doh murukku lebih murah(RM5.00 – RM7.00), tetapi memerlukan teknik yang baik dan tenaga yang banyak. Alat murukku pemutar tangan pula mudah dan tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak tetapi harganya mahal sedikit (RM15.00). Sila Lihat Gambarnya dibawah:
Murukku di buat berbagai cara, tetapi Mamak dalam blog ini cuma ingin memaparkan resepi yang paling mudah dan murah untuk menghasilkan sebanyak 50 murukku dengan mengambil masa yang paling singkat (45 -60minit)
BAHAN-BAHAN:
Cara menghasilkan tepung kacang Thosai/ Ulundu/ Urad Dhal.
300 gm kacang tosai(putih kekuningan). Goreng kering di dalam kuali se hingga warnanya berubah keperangan. Jangan terlalu lama. Biarkan sejuk sedikit. Kisar halus KERING sehingga jadi tepung dengan menggunkan pengisar(blender) sekiranya terdapat kasar sedikit dibahagian atas tidak mengapa. Anda boleh hasilkan 1 cawan tepung kacang thosai ini.
· 1 cawan (cup) tepung kacang thosai.
· 4 cawan tepung beras.
· 2 sudu buter atau majerin lembut.
· 1 sudu kecil biji rempah jemuju/ oregano. (boleh dapati dari kedai rempah beli 0.50 sen).
· 1 sudu bijan.
· 1 sudu kecil garam. (dilarutkan didalam air suam).
· 2 cawan air suam.
· Serbuk Cili ikut kepedasan yang diperlukan* (pilihan)
· Daun Kari 8-10 helai dicincang* (pilihan)









KUIH ATHIRESAM


Adhirasam (Bahasa Tamil:அதிரசம்) merupakan hidangan manis tradisional kaum India. Manisan ini sangat terkenal dalam tamadun Tamil dan dimakan sebagai pencuci mulut. Adhirasam adalah popular semasa upacara keagamaan, kedua-dua di rumah dan di kuil-kuil di Tamil Nadu[1][2]. Menurut inskripsi dari Krishnadevaraya , manisan ini dibuat dari tepung beras, gula tebu tidak empar, mentega dan lada [3].



Masa memasak: 60 Minutes
Masa penyediaan: 30 Minit
bahan-bahan:
Mentah Beras (Pachari) 3 cawan
Jaggery (Sarkkara) 1 ½ cawan
Air ½ cawan
Buah pelaga (Elakka) Powder 1 sudu kecil
Halia kering (Chukku) Powder 1 sudu kecil
Kerd (Pilihan) 2 sudu kecil







KUIH TRADISIONAL KAUM MELAYU


*CUCUR BADAK*










Salah satu kuih tradisional Melayu yang digemari serta cara penyediaanya yang sangat senang ialah cucur badak. Cucur badak menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama. Kuih cucur badak sangat digemari dan sedap dihidangkan sebagai camilan pagi mahupun petang.Cucur badak merupakan kuih favorit. Kuih ini selalu jadi pilihan untuk dijadikan camilan dan kudapan. Cucur badak juga biasanya dijadikan juadah untuk berbuka puasa kerana rasanya manis dan sedap.Untuk membuat cucur badak pastikan anda memakai ubi keledek yang berwarna oren atau ungu kerana rasa ubi ini manis walaupun direbus sahaja. Juga apabila membuat cucur badak, pastikan anda menggunakan kelapa yang segar agar cucur sedap dan padu.

 3 cawan kelapa parut putih. Guna 1 biji kelapa.
 2 batang serai*
 2 ulas bawang merah*
 2 sudu besar udang kering. Letak segenggam kalau suka*
 1 inci kunyit hidup @ serbuk kunyit*
 5-7 tangkai cili kering @ 2-3 sudu besar cili kering kisar. Ikut pedas*
 1/2 sudu teh jintan manis*. Tumbuk halus dahulu sebelum kisar.
 1 sudu kecil garam.









*KUIH BUNGA PUDAK*
Kuih bunga pudak adalah sejenis kuih asli di negeri Kedah,terutama di  bahagian utara Kedah seperti Alor Star,Jitra dan kawasan-kawasan  berdekatan dengannya. Orang Kedah yang tinggal di bahagian selatan dan  timur mungkin tak pandai nak buat kuih ni...kuih ni kita boleh dapati  dijual di kedai-kedai kuih tradisi terutama kat Pekan Rabu,Alor Star.

RESEPI
> 1 biji kelapa parut                     
> 1 cawan gula pasir                       
> sedikit garam                           
> perasa ros
> pewarna kuning/merah/hijau

kulit
> 1 bungkus tepung pulut
> 1 cawan air
> 1 cawan garam halus











KUIH TRADISI KAUM CINA

Kuih bulan
Yuebing

Kuih bulan ini wujud pada perayaan kuih bulan yang merupakan perayaan menyambut kemenangan orang cina. Kuih bulan ini dapat dikaitkan dengan pesta tanglung tetapi perayaannya adalah berbeza. Perayaan kuih bulan disambut pada ke-15 pada bulan ke-8 pada kalender cina iaitu pada akhir bulan ogos hingga akhir bulan september . perayaan kuih bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina. Kuih bulan adalah salah satu hidangan yang  paling istimewa bagi kaum cina. kuih bulan ini mempunyai pelbagai jenis perisa. Di pasaran,mengapakah harga kuih bulan dapat mencecah RM 25 lebih dan keatas? Hal ini kerana kuih tersebut sukar didapati dan resipinya memang luar biasa. Tiada sesiapa yang akan tahu resipi kuih bulan tersebut kerana ia akan dirahsiakan sehingga ke hari ini.














KUIH DAN MANISAN BAGI KAUM IBAN
Kuih penganan,jala,sarang semut

Selepas penemuaian padi bagi kaum iban,mereka akan mengadakan  satu perayaan iaitu gawai. Perayaan gawai akan diadakan pada setiap tahun sekali pada 1 june bagi menyambut kesyukuran mendapat penghasil padi yang diperoleh. Kuih penganan ini adalah satu simbol bagi sesiapa yang menyambut perayaan hari gawai. Cara pembuatan ataupun resipinya adalah sama cuma yang berbeza adalah rupa kuih tersebut. Maka ,kuih ini akan didapati hanya sekali dalam setahun. 













RUMUSAN

Kepelbagaian sumber tempatan menjadikan hasil sesuatu kuih tempatan tersebut mempunyai ciri-ciri tersendiri dari segi rasa, warna, tekstur, bau dan rupa bentuk yang berbeza. Contohnya rasa manis  dan savouri, tekstur yang lembut dan garing, kepelbagaian warna dari kuih lapis serta bau yang harum dari daun pandan.

 Dari segi penyediaan makanan, kuih tempatan dihidangkan mengikut kesesuaian hidangan tersebut sama ada untuk kenduri kahwin atau majlis keraian, kenduri kesyukuran, sarapan atau minum petang dan untuk hari perayaan. Ia juga sesuai dihidangkan sebagai pembuka selera dan pencuci mulut.

   Berbagai jenis kuih tempatan dihasilkan mengikut kaum dan ianya penting untuk diwarisi agar generasi akan datang dapat merasa dan mewarisi keunikan kuih tradisional turun-temurun ini.

Dengan itu,terima kasih kepada ahli kumpulan saya kerana memberi kerjasama untuk melaksanakan tugas yang diberi oleh Sir Wan Fuad. Daripada tugas ini,kami dapat mempelajari pelbagai jenis kuih dan manisan daripada setiap kaum.Sekian terima kasih.

















Comments